Hi....
Have you heard the Malay sayings of "Senyum Senyum Kambing" ? Ha... me myself pun tak pernah la pulak nak perhatikan seekor kambing senyum macam mana sedangkan muka dia bagi i memang 'toya' memanjang...
Anyway, this post is not regarding me describing how does a goat smile and even what are the steps that one needed to smile like a goat. No!!!!!! this is not about it... but this is related to what's happening around us... how we perceive things... okay, i will give examples di bawah yang akan membawa kepada senyum senyum kambing...
Situation 1:
Kiah : Eh, cantiknya handbag kau Mon!
Maimon : Eh, thank you. Ala, you pun boleh beli la dear.
Kiah : I ni mana la ada duit...
*beberapa bulan kemudian*
Maimon : Wah. Kiah. Ni bag baru ni. Latest design baru ni.
Kiah : Eh, biasa je la. Lagipun i mana ada duit nak beli mahal mahal
--> Dalam situasi ni, Kiah propa sangat sebab bag dia sebenarnya lebih mahal dari Maimon.. jadi situasi "Takde duit laa" tu benda yang sangat common.. memang kau takde duit la sangat, tapi berjoli sakan, beli bag baru. beli baju raya va va voom.. hado pulak kan?
Situation 2
Gayah : Jom teman aku tengok wayang nak?
Limah : Eh, katanya kau nak keluar dengan Leman?
Gayah : Ah, nyampah la. Asyik berkepit denqgan Markonah je. Kita ni dia lupa kan.
Limah: Aik? Jealous pulak? Sejak bila tau jealous? Kata takde perasaaan kat Leman? *garu kepala jap*
Gayah : Ape kau cakap ni labu? Aku dengan Leman tu kawan je lah... Si Markonah tu yang tergedik gedik macam ulat beluncas... sibuk nak kat Leman!
Limah: Ye ke? Kau ni kalu ye pun tanya la dulu.. tak baik tuduh tuduh.. buatnya besok kau tau perkara sebenar baru kau tau.
Gayah: Eleh, kalau dah rapat cenggitu kan ke ada something? sudah la, tak payah nak sejukkan hati aku... dah la, malas nak sebut nama Markonah tu... menyirap!
*Setahun kemudian*
Limah jenjalan kat one of the va va voom shopping mall kat kay elle, ternampak la si Gayah dengan Markonah.
Limah: Gayahhh.. buat apa kat sini?
Gayah ; Eh, Limah. errr... takde, saje je teman Markonah shopping.. kebetulan kami tak kerja hari ni.. hihihi
--> So sekarang ni macamana? pernah tak dengar orang cakap... tak elok benci benci, nanti sayang....ingat lah ye, barangkali benda yang kita tidak suka boleh jadi barang yang terbaik dalam hidup kita... laaaaa ni, bukan barang je.. orang pun leh pakai konsep sama... faham ka? jadi toksah nak benci bagai la nokkk
Situation 3
Leha : I olls happy sangat sebab laki I olls bawak I olls pergi makan kat Tomato you olls!
Jah : Ha? Tomato? Kat ne tu?
Leha : ala..kat Va Va Voom Mall... sedap sangat tau... pergi la makan sana!
Jah : kau tu senang la cakap...aku mana reti.. aku orang kampung....
--> Ni la perangai masa kini orang melayu... suka benaw pakai ayat "Aku orang kampung" tu.. so the very one you know! Zaman sekarang ni, jangan la nak fe feeling kampung sangat.... siapa kata orang kampung tak boleh makan tempat mahal mahal? InshaaAllah, kalau dah tertulis rezeki tu, pasti ada... ni semua kat tangan Yang Maha Esa... so, statement 'aku orang kampung' tu dah boleh campak... sebab ramai je orang kampung berjaya dan tak mundur... blerghhh
Situation 4
Isteri: Bang, nanti balik tolong belikan sikit buah ye.
Suami: Buah apa lak?
Isteri: apa apa yang best la... rasa macam panas pulak hari ni...
*bila suami sampai rumah*
Isteri: Lahhh...apa abang beli ni ?
Suami: buah la...awak kata awak nak buah?
Isteri: Abang ni... saya nak buah pear.. kenapa beli apple?
Suami: Awak ni.... kang buat apple tu jugak jadi accessories tudung awak.. baru je tadi kata apa apa yang best... saya beli la buah apple..apple pun best apa? tu yang awak pakai macbook. ipad la bagai... kan ke apple tu?
--> Ha... ni lagi satu lah masalah normal suami isteri.... wahai isteri isteri semua (termasuklah diriku), oh juga kepada kawan kawan yang belum berumah tangga, tolong lah fahami bahawasanya golongan suami sangat lurus.... jangan kata buah, kalau kita kata beli daun pandan, boleh jadi sebab tak tahu banyak mana...satu pokok dia bagi... pakej sekali lah dengan kerengga semua.. haha :)
Jadi.. I rasa buat masa ni cukup la some situations yang sebenarnya memang boleh buat kita senyum sorang sorang... do u guys have any experience on this?
Well, happy reading and I just can't wait to update more *ok, aku tau ayat aku macam basi :)*